SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU (RAYUAN DAN LALUAN ASIMILASI) POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH SESI II : 2025/2026
ARAHAN:
1. Sila rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (RAYUAN DAN LALUAN ASIMILASI) SESI II : 2025/2026 dan pastikan dicetak atau disimpan di dalam bentuk softcopy.
2. Baca dengan teliti segala maklumat yang dimaklumkan.
3. TARIKH - TARIKH PENTING berkenaan dengan Pendaftaran adalah seperti berikut:
PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
MENJELASKAN YURAN PENGAJIAN, YURAN ASRAMA (JIKA DITAWARKAN ASRAMA) DAN BAYARAN INSURAN WALAUPUN MENDAPAT TAJAAN untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Membuat pembayaran dengan merujuk kepada Perincian Jumlah Bayaran dan Kaedah Bayaran di dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan & Laluan Asimilasi)👈🏼👈🏼👈🏼
Sila bawa Borang Hal Ehwal Pelajar 1 hingga 6 semasa pendaftaran (BHEP 1 – BHEP 6) dan Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). 👈🏼👈🏼👈🏼
Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang dibuat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.
Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. Sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan dilayan.
Menyediakan gambar passport atas tujuan Penasihatan Akademik dan lain-lain jika diminta.
Melaksanakan proses pendaftaran online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP), https://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp (pelajar DIPLOMA) (selepas 3 hari bekerja dan dikira hanya pada hari bekerja sahaja).Pembayaran yang dilakukan selepas jam 5 petang akan dikira sebagai pembayaran pada hari berikutnya mengikut hari bekerja.
Tarikh pendaftaran secara dalam talian di SPMP adalah seperti berikut:
Tarikh : bermula 16.01.2026 untuk semua Program di PSAS.
Hari : Khamis.
Cetak Pengesahan Pendaftaran Online SPMP sebanyak 2 salinan (1 salinan diserahkan semasa pendaftaran asrama (jika ditawarkan asrama) dan 1 salinan diserahkan semasa pendaftaran pengajian).
Melapor diri di PSAS pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan. Sebarang pemakluman akan dimaklumakan melalui Portal PSAS – pelajar diploma atau di fb Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
“DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN”