PANDUAN PELAJAR BAHARU POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH SESI I : 2026/2027

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH SESI I : 2026/2027

ARAHAN:

1. Sila rujuk BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I: 2026/2027 dan pastikan dicetak atau disimpan di dalam bentuk softcopy.

2. Baca dengan teliti segala maklumat yang dimaklumkan.

3. TARIKH - TARIKH PENTING berkenaan dengan Pendaftaran adalah seperti berikut:

Kategori Program

Tarikh Mula Pembayaran Yuran Pengajian, Asrama dan Bayaran SAKP

Tarikh Mula Online Di SPMP (untuk mendapatkan no. pendaftaran / no. matrik)

Tarikh Daftar (rujuk Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu SESI I: 2026/2027)

Diploma Sepenuh Masa (Lepasan SPM dan Selain SPM)

Bermula 11.06.2026, Khamis

Pastikan telah menghantar BJT ke PSAS terlebih dahulu dan BIL BAYARAN sudah terdapat di sistem ipayment

Selepas 3 hari bekerja dari pembayaran yuran atau bermula 16.06.2026 dan klik link: https://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

21.06.2026, Ahad

PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a) Menjelaskan Yuran dan Bayaran sebelum hadir ke PSAS untuk memudahkan urusan pendaftaran.

b) Membuat pembayaran dengan merujuk kepada Perincian Jumlah Bayaran dan Kaedah Bayaran didalam Buku Panduan Pendaftaran👈🏼Pelajar Baharu Sesi I: 2026/2027.

c) Sila bawa :

1. Borang Jawapan Tawaran bersama lampiran yang perlu disertakan (yang masih belum hantar BJT original dan lampiran original),

2. Slip pengesahan pendaftaran online di SPMP

3. Borang Hal Ehwal Pelajar 1 hingga 6 semasa pendaftaran (BHEP 1 – BHEP 6)

4. Resit asal Bayaran Yuran Pengajian, Asrama, Bayaran SAKP, Bayaran Keperluan Pelajar Baharu dan Bayaran Perkhidmatan dan Barangan.

5. Resit Bayaran Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) berserta Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP).

Sila cetak Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP)👈🏼 di sini.

d) Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang dibuat tanpa merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.

e) Segala maklumat berkenaan dengan ASNB, boleh merujuk kepada Celik Madani Digital Welcome Kit.👈🏼

Sila cetak Celik Madani Digital Welcome Kit👈🏼 di sini

f) Sila cetak Borang Keahlian Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP)👈🏼 di sini. Kesilapan pembayaran adalah tanggungjawab calon pelajar sendiri. Sebarang tuntutan semula bayaran tidak akan dilayan.

g) Menyediakan gambar passport atas tujuan Penasihatan Akademik dan lain-lain jika diminta.

h) Melaksanakan proses pendaftaran online melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP), https://spmp.psas.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp👈🏼 (pelajar DIPLOMA) (selepas 3 hari bekerja dan dikira hanya pada hari bekerja sahaja). Pembayaran yang dilakukan selepas jam 5 petang akan dikira sebagai pembayaran pada hari berikutnya mengikut hari bekerja.

• Sistem SPMP akan diaktifkan untuk pendaftaran dalam talian (online) mulai 16.06.2026, Selasa.

• Cetak Pengesahan Pendaftaran Online SPMP sebanyak 2 salinan (1 salinan diserahkan semasa pendaftaran asrama dan 1 salinan diserahkan semasa pendaftaran pengajian).

• Melapor diri di PSAS pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan. Sebarang pemakluman akan dimaklumakan melalui Portal PSAS – pelajar diploma atau di fb Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSAS.

SEKIAN, TERIMA KASIH. “DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN”

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

4239516
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
242
6969
24693
4239516

2026-06-11 02:33

Search