Peraturan, Disiplin dan Hukuman
Semua pelajar politeknik adalah tertakluk kepada Akta 174 - Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 – seperti penyataan berikut
(Tatatertib) 1976 PERINTAH INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (JADUAL PERTAMA) PINDAAN 1997. Kaedah Baru 5 & 6 2. Kaedah-kaedah itu adalah dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 4, kaedah-kaedah berikut: Latihan Amali 5. (1) Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran lain berhubung dengan kursus pengajiannya, pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran itu, melainkan jika mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan di mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapat kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau ada alasan yang munasabah kerana tidak hadir dan dalam hal yang demikian dia hendaklah, dengan secara bertulis kepada Ketua Jabatan itu dengan memuaskan hati Ketua Jabatan, sebab-sebab dia tidak hadir dan mendapat kelulusan secara bertulis mengenainya (2) Semasa menjalani latihan amali, seseorang pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan atau arahan tempat di mana latihan itu dijalankan dan juga peraturan-peraturan dan arahan-arahan institusi (3)Jika sekiranya ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggah antara peraturan Institusi dengan peraturan tempat di mana latihan dijalankan, maka peraturan institusi hendaklah |
Peraturan Am Politeknik
Pelajar mesti menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan berkelakuan yang melambangkan sebagai seorang pelajar politeknik samada di tempat latihan atau di luar tempat latihan dengan mematuhi peraturan am politeknik.
Peraturan Sebelum LI
i. Mendaftar kursus LI di UPLI dengan menggunakan Borang Pendaftaran Kursus.
ii. Lulus Kursus Soft Skills.
iii. Menghadiri semua taklimat LI.
iv. Memohon dan mendapat tempat LI mengikut kesesuaian bidang pengajian.
v. Membuat pembatalan secara rasmi dengan persetujuan UPLI bagi pelajar yang mendapat lebih dari satu tempat latihan.
vi. Tidak menukar atau menolak tawaran organisasi latihan tanpa kelulusan UPLI.
vii. Tidak memalsukan sebarang maklumat yang dihantar ke UPLI.
Peraturan Semasa LI
i. Mematuhi segala peraturan politeknik dan organisasi.
ii. Melapor diri di organisasi pada tarikh dan masa ditetapkan.
iii. Menjalani latihan di organisasi berkenaan sehingga tarikh tamat latihan.
iv. Tidak menukar tempat latihan tanpa kelulusan bertulis UPLI.
v. Mengisi dan menghantar semua borang atau dokumen yang berkaitan kepada UPLI dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang pemalsuan.
vi. Sentiasa memaklumkan perubahan maklumat peribadi kepada pihak UPLI.
vii. Sentiasa menjaga kerahsiaan organisasi.
Peraturan Selepas LI
1) Pelajar mesti mendaftar tamat LI pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen- dokumen berikut:
a) Laporan Akhir Latihan Industri
b) Jurnal Refleksi
c) Borang Penilaian Prestasi oleh organisasi
i) Borang Practical Task
ii) Borang Reflective Journal
d) Surat Pengesahan Tamat Latihan
2) Menghantar dokumen-dokumen di atas tanpa sebarang pemalsuan.
3) Menghadiri sesi pembentangan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Disiplin
Dalam tempoh latihan, pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada organisasi di mana pelajar ditempatkan. Ini bermakna bahawa pelajar mestilah mematuhi masa bekerja dan segala peraturan di organisasi sama seperti kakitangan yang lain sepanjang masa menjalani LI. Pelajar tidak boleh merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta benda kepunyaan organisasi.
Menjaga Kerahsiaan Organisasi
Pelajar DITEGAH dari membocorkan rahsia atau memberi sebarang maklumat atau sebarang perkara berkaitan urusniaga pihak organisasi atau pelanggan-pelanggannya atau maklumat lain yang diperolehi semasa menjalani latihan tersebut atau sesudahnya.
Tindakan hukuman
Jika seseorang pelajar didapati melanggar mana-mana peraturan atau mengabaikan tugasnya atau melakukan kesalahan tatatertib, maka tindakan berikut boleh dikenakan;
i. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian Latihan Industri Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Ketidakhadiran |
Tindakan/Hukuman |
Tidak hadir 3 hari bekerja berturut-turut tanpa sebab |
Amaran |
Tidak hadir 6 hari bekerja berturut-turut tanpa sebab |
Gagal LI |
Jumlah tidak hadir keseluruhan 7 hari bekerja tanpa sebab |
Amaran |
Jumlah tidak hadir keseluruhan melebihi 7 hari bekerja tanpa sebab |
Gagal LI |
Diberhentikan oleh organisasi dengan sebab |
Gagal LI |
Jumlah tidak hadir keseluruhan melebihi 20 % daripada tempoh latihan dengan sebab |
Tidak memenuhi syarat lulus LI* |
*Nota: Pelajar yang tidak memenuhi syarat lulus LI boleh memohon penangguhan LI
Kesalahan lain |
Tindakan/Hukuman |
Tidak mendaftar kursus LI |
Tidak Layak LI dan diberikan status GAGAL |
Tidak melapor diri di Organisasi Latihan |
Gagal LI |
Tidak melapor diri di politeknik (Pengesahan Tamat LI) |
Gagal LI |
Memohon tempat LI lebih dari satu dalam satu-satu masa |
Amaran |
Tidak menghadiri taklimat LI |
Amaran |
Tidak memenuhi SEMUA kriteria penilaian LI |
Gagal LI |
Menukar tempat LI tanpa kebenaran Politeknik |
Gagal LI |
Terdapat unsur peniruan/ciplak/penipuan (Laporan Akhir Latihan Industri/Jurnal Refleksi) |
Gagal LI |
Nota:
• Sekiranya pelajar didapati menerima tindakan/hukuman AMARAN sebanyak dua (2) kali dari kesalahan yang sama atau berlainan, pelajar boleh DIGAGALKAN kursus LI.
• Pelajar yang didapati GAGAL kursus LI, perlu mengulang semula LI pada semester berikutnya.
ii. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Bahagian V Acara Tatatertib, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).
Rayuan Ke atas Tindakan
Pelajar berhak mengemukakan rayuan ke atas tindakan yang dikenakan. Rayuan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Politeknik dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tindakan dikeluarkan.