Pusat ePembelajaran & Multimedia telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Aset kepada staf. Objektif bengkel adalah memberi pendedahan berkenaan tatacara dokumen aset kerajaan serta mengemaskini bilangan aset kerajaan yang berada di CeLM.
Bengkel tersebut diadakan pada 21 & 22 Jun 2023 bertempat di CeLM. Peserta terdiri daripada staf CeLM dan penceramah jemputan adalah Tuan Hj Zahiran bin Hamzah (Penolong Pegawai Aset PSAS).