"Pusat ePembelajaran & Multimedia (CeLM) telah menganjurkan Bengkel Suntingan Video PdP kepada pensyarah yang terlibat dalam pembangunan Micro Credential bertarikh 3 dan 4 Julai 2023 bertempat di Bilik Emerald, PLPL PSAS.
Bengkel ini telah memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kaedah suntingan video serta membangunkan video Pengajaran & Pembelajaran (PdP) berdurasi 4-7 minit.
Syabas diucapkan kepada semua peserta. Sebanyak 18 video PdP telah dibangunkan pada akhir sesi bengkel seterusnya menjadikannya salah satu kandungan yang akan dimuatkan dalam platform Micro Credential masing-masing.
Penceramah bengkel adalah Puan Norazlinda Mohamed & En. Zaidi Zainal yang merupakan Pegawai Multimedia & Sumber (CeLM)"