Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Selamat datang ke Laman Web Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
Laman web ini disediakan untuk memberi panduan komprehensif kepada orang awam agar dapat mengenali JKE PSAS dengan lebih tepat, mudah dan pantas.
JKE PSAS menyediakan peluang pendidikan berkualiti melalui program-program yang relevan di peringkat diploma selaras dengan keperluan industri semasa. Program diploma yang ditawarkan di sini ialah Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP), dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) berlandaskan visi dan misi politeknik Malaysia.
Seiring dengan Visi dan Misi Politeknik, JKE berusaha untuk menyediakan akses kepada perkhidmatan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET) yang berkualiti dan diiktiraf. JKE juga menyediakan suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif berorientasikan Outcome-Based Education (OBE) serta bersifat holistik bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani sekaligus berupaya menyumbang kepada masyarakat.
Akhir kata, semoga laman web ini menjadi sumber rujukan bermanfaat kepada semua pengunjung.
Sekian, terima kasih.
SINERGI MEMANTAPKAN JKE
SAIFUL ADLI BIN YUSOFF
KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH