
Sukacita dimaklumkan bahawa, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Politeknik Sultan Azlan Shah akan menganjurkan Seminar Kecekapan Tenaga 2024.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk menyemai tahap kesedaran yang tinggi tentang penggunaan tenaga yang cekap, pemeliharaan sumber dan peningkatan kualiti persekitaran dikalangan komuniti dan warga PSAS.
Seminar ini akan diadakan pada: -
🪴Tarikh: 21 Mei 2024 (Selasa)
🪴Masa: 8 pagi – 1 tengahari
🪴Tempat: Dewan Muallim, PSAS
Semua warga PSAS yang berminat menjadi peserta boleh mendapatkan maklumat daripada Jabatan masing-masing. Sarapan pagi, makan tengahari dan goodie bag akan disediakan.