
Seluruh warga Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) atas kejayaan memperoleh pembiayaan di bawah Public-Private Research Network (PPRN) Fasa 1 Tahun 2025.
Projek bertajuk "IoT Solar Water Feeder with Guided Robot System for Agriculture" ini diharapkan dapat terus berkembang dan memberi impak positif kepada industri serta masyarakat, selaras dengan aspirasi pendidikan teknikal dan vokasional negara.
Teruskan kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi serta terus berusaha mempertingkatkan kemahiran dalam bidang teknikal!