Peluh dan keringat, airmata kegembiraan ibu dan bapa.
30 Januari 2023 - Para ibu bapa bersama anak yang mereka sayangi hadir pada hari ini untuk sesi pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi II 2022/2023. Lensa kamera kami sempat merakamkan beberapa saat indah ketika sesi pendaftaran berlangsung. Kami di Politeknik Sultan Azlan Shah mengharapkan saat indah ini sentiasa diingati para pelajar, dan menjadi batu loncatan untuk para pelajar gigih berusaha demi menggapai impian ibu dan bapa yang menjerih keringat bagi menempatkan anda disini pada hari ini.
Bagi sesi kali ini lebih 140 orang pelajar telah mendaftarkan diri dan seanjang sesi pendaftaran para sukareawan dari MPP dan JPJK turut turun bagi memastikan kelancaran sepanjang sesi pendaftaran berlangsung. Turut sama membantu adalah para kakitangan yang bertindak selaku AJK.
Warga Politeknik Sultan Azlan Shah dengan berbesar hati mengucapkan selamat datang buat pelajar baharu ke Politeknik Sultan Azlan Shah bagi Sesi II 2022/2023.