Tarikh: 2- 3 Mei 2023
Tempat: MCT EV Tech Centre, Elmina East, Subang, Selangor
Telah berlangsung program 'EV Assessor Training for Electric Vehicle Certification' yang melibatkan beberapa orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bersama Jurutera daripada Micro Concept Tech (MCT) Sdn Bhd. Program ini dijalankan bagi melibatkan pensyarah Politeknik Sultan Azlan Shah sebagai penilai perintis bagi program persijilan industri kerjasama antara MCT-PSAS untuk 'Homegrown Electric Vehicle Certification' yang bakal ditawarkan nanti.