PROGRAM OUTREACH 1 POLYCC, 1 KOMUNITI, 2023

8 November 2023 I Daerah Muallim
 
Seramai lebih 150 staf dan 600 orang pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah terlibat dalam aktiviti sukarelawan sempena Program Outreach 1POLYCC, 1Komuniti, 2023 di Daerah Muallim. Program ini merupakan satu bentuk pendekatan yang membolehkan pihak POLYCC untuk mendampingi masyarakat setempat dan dapat membantu pihak komuniti yang memerlukan dari segi kepakaran dan kebajikan. Sukarelawan pelajar PSAS dikenali dengan nama YES! Politeknik Malaysia (Yayasan Sukarelawan Siswa Politeknik Malaysia)  telah ditubuhkan pada 15 Julai 2011. YES!Politeknik merupakan satu platform kepada pelajar Politeknik menyumbang khidmat bakti dalam bentuk kemahiran TVET kepada masyarakat. Setiap pelajar Politeknik yang berdaftar adalah sukarelawan siswa Politeknik Malaysia.
 
Program ini telah bermula dari tarikh 26.10.2023 sehingga 08.11.2023 di sekitar Daerah Muallim. Program ini adalah kerjasama di antara Politeknik Sultan Azlan Shah dengan Majlis Daerah Tanjong Malim, Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang, Masjid Al- Hidayah Behrang 2020, Penduduk Taman Behrang 2020 dan Rumah Nur Kasih Bistari, Tanjong Malim. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program berlangsung adalah:
1.Menceriakan Taman Permainan Zon Cempaka Behrang 2020,
2.Menyelenggara Penghawa Dingin di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang,
3.Servis Penukaran Minyak Engin Motorsikal,
4.Pemasangan Kamera Broadcast Di Masjid Al-Hidayah Behrang 2020,
5.Mengecat Pasu bunga di sepanjang jalanraya di kawasan Slim River – Tanjong Malim,
6. Membersihkan Taman Rekreasi Ujana Muallim di Proton City,
7.Program Celik IT bersama anak-anak Nur Kasih Bistari; dan
8. Bengkel Kesihatan Minda dengan kerjasama Hospital Slim River dan Klinik Kesihatan Slim River bersama komuniti sekitar Daerah Muallim.
 
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Yaswadi bin Mat Yasim, Timbalan Pengarah Pembangunan Pelajar , Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Manakala, majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Ts. Mohd Zulkefli Bin Ibrahim, Pengarah PSAS. Program ini juga turut dihadiri oleh Encik Muhd Asrul Bin Abdul Ghani, Ketua Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Tanjong Malim, Encik Shahmuri bin Agus, Timbalan Setiausaha Masjid Alhidayah Behrang 2020 dan Encik Zahari Bin Mat Nor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang.
 
Program Outreach 1POLYCC, 1Komuniti, 2023 ini merupakan satu manifestasi keprihatinan warga PSAS dalam memberikan manfaat yang nyata kepada masyarakat Muallim melalui aktiviti kesukarelawan. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan kakitangan dan mahasiswa TVET yang holistik dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal serta cakna dan peka terhadap pentingnya tanggungjawab sosial yang merupakan tanggungjawab semua pihak, sekaligus dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Program ini juga menjadi bukti PSAS ingin memasyarakatkan Politeknik supaya masyarakat sekitar dapat berkongsi kemudahan, kepakaran dan pengetahuan bersama warga PSAS.
 
TAHNIAH !!! kepada semua yang terlibat.

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3100151
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2188
2077
13112
3100151

2025-04-25 18:25

Search