UKKP menjalankan fungsi-fungsinya dengan membincang, mengkaji, menyiasat dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Pihak Pengurusan PSAS berkenaan dengan apa-apa perkara berhubung dengan tujuan-tujuan Akta 514 terutamanya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan Akta tersebut berkenaan dengan:-
- Membantu dalam pembuatan kaedah keselamatan dan kesihatan dan system kerja selamat;
- Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan;
- Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan;
- Menjalankan kajian tentang kemalangan, kemalangan nyaris kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
- Memeriksa tempat kerja secara berkala dan melporkan dalam mesyuarat UKKP;
- Memeriksa tempat kerja selepas berlaku apa-apa jenis kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja;
- Membincangkan laporan kemalangan dan cadangan bagi pemulihan; dan
- Merekodkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan.