Latar Belakang UKKP

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan dasar Negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Objektif utama penubuhan JKKP merupakan usaha berterusan pihak Kerajaan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja adalah terjamin. Sehubungan itu, JKKP semakin matang dan sentiasa giat berusaha dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Usaha ini berlandaskan kepada proses tripartisme ke arah membudayakan amalan tersebut.

Oleh itu atas inisiatif PSAS, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSAS (UKKP) ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSAS (JKKP) dan telah dinaiktaraf kepada unit pada tahun 2021. Unit ini bertanggungjawab untuk memantau, memberi cadangan kepada pihak pengurusan dan memastikan persekitaran di PSAS adalah selamat dan bebas dari bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan warga PSAS. Diketuai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan dipacu oleh Puan Noormala binti Abdullah sebagai Ketua Unit, dan Encik Azar bin Shabudin selaku Setiausaha. UKKP PSAS dianggotai oleh 26 orang jawatankuasa yang terdiri daripada staf dari pelbagai jabatan dan unit.

Logo

logo ukkp2

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.

Tel: 05-4544431 (TALIAN UTAMA), 05-4544504, 05-4543867, 05-4544161, 05-4544896

Faks: 05-4544993

Emel: propsas@polycc.edu.my

 

 

Pos Pengawal Keselamatan PSAS
05-4543075

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (KJHEP)
05-4544086

PUSAT KAWALAN BENCANA
05-4544086

 

Kaunter Pelawat

3100553
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
2590
2077
13514
3100553

2025-04-25 21:23

Search